Selamat Tahun Baru 2012
Salam sejahtera semua dan selamat tahun baru. rasa nya belum terlewat untuk mek ucapkan selamat tahun baru 2012. Rasanya dah hampir setahun ++ blog mek ni sunyi sepi. Aik dah tukar nama jadi mek pulak ke?? Macam sesuai pulak sbab saya ni orang kelantan, dan demi menjadikan blog ini lebih mesra rakyat dan berinfomatif . Kepada follower saya samada sukarela atau paksaan sebab dulu mek pernah buat contest Anakku Ceria so ramai yang jadi follower sebab mengikut syarat contest itu. hik hik hik. kesian kena paksa dengan mek.tahun ni ,tahun 2012 x mau lagi macam tu kann, kene ikhlas bak kata anak bujang mek yang kecik tu "no no no" sambil mulut muncung dan tangan digayakan.

Blog mek ini pun dah ditukar url nye.sebab mek rasa dulu2 orang kata "mata pena lagi tajam dari mata pedang (fizikalnya salah, psikologi memang betul, tak dapat disangkalkan)". memandangkan kemajuan bidang ICT sekarang (wah wah mek sudah menggunakan bahasa formal) jadi keyboard digantikan dengan mata pena a.k.a nama baru blog mek my-ball-pen. harap2 lepas ni mek rajin menulis dan hasil tulisan mek ada manfaat untuk orang lain.

mek harap tahun baru ini, semua orang rasa bahagia, disayangi dan dirahmati selalu....amin.

p/s
1. teringat pulak mek habsah bila guna nama mek ni
2. mek menulis hari ni sebab mek rasa tensen sebenarnya, tapi hilang dah stress bila menulis...ermmm terapi minda untuk hilangkan marah..adakah???
3. dah la mek, jangan p/s banyak2.....

Reviews:

Follow by Email

Translate

Search This Blog

Siti Noriza MK © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com

Contact us

Powered by Blogger.