Catatan Kewangan (part 1)

Apakah rahsia disebalik buku kecil warna hijau saya ini. Besar sikit je dari saiz tapak tangan saya ni. Sebenarnya dalam buku ni ada rahsia besar saya, mengalahkan rahsia yang ada di Kementerian Kewangan. ceh ceh..buku catatan perbelanjaan saya, duit keluar masuk saya, selalunya org kata orang yang x banyak duit je suka catat , yang banyak duit dah x catat sebab banyak..dah x kisah dah..huhu saya? ok je bab catat mencatat ni..ala2 setiausaha gitu.
Ini adalah tanggapan yang salah, bagi saya setaraf mana pun kita, banyak duit mana pun kita, kita perlu rancang kewangan dan keluar masuk duit kita. Ke mana wang kita mengalir setiap bulan, berapa masuk dan berapa pula yang keluar. Saya bukanlah graduan dari jurusan ekonomi ke, bisnes study ke atau apa2 yang berkaitan dengan kewangan tapi saya suka sangattt...dengan spreadsheet dan kira-kira budget.entahlah dah jadi habit kene tengok spreadsheet dan debit kredit ni..


Kebiasaan nya di penghujung tahun, saya akan buat satu spreadsheet yang macam ni untuk mengira anggaran budget tahun akan datang saya. contohnya pada penghujung 2011 saya akan buat untuk 2012 sebab jumlah gaji, kegunaan bulanan sudah diketahui awal2 .al maklumlah saya ni makan gaji je x de bisnes misnes ni (kekadanga ada jugak, time rajin bisnes)....dan saya budget la anggaran berapa untuk perbelanjaan raya, sekolah, aktiviti shopiing dan bercuti.


Masih kabur? pening? duit tidak tahu kemana? Masih pening...mulakan dengan simple sahaja, beli sebuah buku 555 dan mula catatkan duit gaji masuk anda dan apa yang anda belanja. Saya pernah menghadiri seminar-seminar percuma pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh AKPK di jabatan saya. sebab kita mesti ada ilmu untuk menguruskan wang sebelum kita diuruskan oleh wang yang akhirnya akan membinasakan diri kita.


tiada tips , tiada apa, ini cuma apa yg saya buat setiap hari, setiap tahun dan setiap bulan. bulan pernah buat??, coba2 ringankan tangan untuk catatkan perbelanjaan bulan ini sahaja (bulan yg anda baca belog saya ini) dan anda akan tahu ke mana wang anda ... selepas tu bolehlah mulakan perancangan.. To Be Continued


useful link :
http://www.akpk.org.my/
http://www.bnm.gov.my/
http://www.rahsiakewangan.com/
http://bijakuruswang.blogspot.com/

 

Reviews:

Follow by Email

Translate

Search This Blog

Siti Noriza MK © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com

Contact us

Powered by Blogger.