Resipi sambal pauh warisan

Resipi ini memang resipi turun temurun keluarga saya, boleh dikatakan semua adik beradik saya tahu buat sambal ini. Simple, dan sedap jika makan dengan nasi panas2 dan ikan goreng, plus budu .wahh..

Mungkin pada zaman 1980 an , pokok pauh @mangga@mempelam memang banyak di kampung saya dan di rumah saya.

Ianya juga resipi yang tinggi protein sebab kita guna isi ikan.

Kalau nak try boleh la cuba resipi keluarga kami yang x seberapa ini.

Resipinya:

Bahan-bahannya

2-3 biji pauh ringan (mangga telur)
4 ekor ikan selayang /kembung rebus atau bakar dan di ambil isinya
Sedikit garam
2 biji cili padi atau jika nak pedas boleh lebihkan

Cara2 nya.
Tumbuk pauh ringan yang telah di potong kecil2
Masukkan garam sedikit, jgn banyak
Masukkan cili padi dan sambung tumbuk
Bila lumat , masukkan isi ikan dan tumbuk sehingga lumat.
Dan sedia untuk dihidangkan.

 


#boleh variasi kan dengan tumbuk serbuk lada hitam ke dalam sambal , atau goreng sedikit smbal


End with love and take care,
siti

 

Reviews:

Follow by Email

Translate

Search This Blog

Siti Noriza MK © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com

Contact us

Powered by Blogger.