Nasi Goreng Ma
Bahan-bahan nya :-
Tumbuk bawang merah dan bawang putih penuh kasih sayang
Hancurkan ikan goreng semalam , dengan tangan yang tulus mulus
(digaulkan dengan nasi,gaulkan bersama serbuk perasa,)
Potong kecil2 cili/padi kesayangan ibu
CARA-CARANYA
1. Tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga garing
2.Masukkan cili/padi potong dan tunggu sekejap
3. Garam dan serbuk perasa
3. Masukkan nasi yang telah digaul dengan ikan
4. Masukkan sayur (jika sudi)
5. Gaul rata, tambahkan kicap dan lain-lain
SELESAI

Catatan sebuah kenangan:
Assalamualaikum,resipi nasi goreng ringkas ini adalah kegemaran dan saya selalu makan sewaktu zaman persekolahan terutama sekolah rendah. Sekolah menengah saya banyak menghabiskan masa di asrama.selalunya isi ikan yang di `per isi kan` bak kata orang Kelantan adalah isi ikan goreng lebihan makan malam semalam.
Setiap pagi sebelum naik basikal ke sekolah saya mesti tanya ma, masok gapo hari ni? Selalunya saya dah boleh agak menu nya,kalau tak nasi goreng mesti lempeng . Jarang benar zaman dulu 80 an ma buat mee goreng atau mihun goreng macam sekarang. Bila anak saya suka sangat makan lempeng, kekadang sampai 2 biji sekali makan, saya senyum....kenangan mengamit fikiran saya.
Selalu nya saya seorang yang paling suka buat hal di waktu pagi, nak tahu? saya seorang yang lasak dan suka memberontak dan kuat merajuk pada zaman sekolah rendah saya. Ma masak lain, lain yang saya nak. Pernah sekali ma masak nasi goreng saya mengamuk nak makan laksam yang dibeli di kedai. kenapalah waktu tu saya sukar memahami yang kami bukan orang senang, ma lebih suka memasak sendiri.Saya merajuk kurung diri dalam bilik, ma panggil sekali je datang makan lepas tu diam. Saya tunggu dan tunggu ma panggil lagi..tapi ma tak panggil-panggil....Itu cara ma, dia mana nak layan permintaan kami semua, 9 orang adik beradik, jenuh dia nak kena buat if semua orang request benda yang lain-lain untu breakfast.
Jam 10, saya lapar, senyap-senyap saya ke dapur dan makan nasi goreng ma. Saya tahu jauh di luar sana memerhatikan saya. Itu lah mendidik anak, jangan biarkan mereka menguasai kita, kita ibu bapa kita yang mencorak kan mereka. Ini lah saya, inilah kami pada hari ini hasil didikan mak saya.
hmmm..bila dikenangkan...mahu sedih mahu menitis air mata...
*Coretan buat ma tersayang.Semoga panjang umur selalu ma. Jom makan nasi goreng ma.
Sekian. Sampai jumpa lagi. Take care.

Reviews:

Follow by Email

Translate

Search This Blog

Siti Noriza MK © 2014 - Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com

Contact us

Powered by Blogger.